Khamis, 6 Oktober 2011

'' Pengalaman mengajar erti Kesabaran '

Di saat mengalami kesulitan baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan..pergaulan sesama manusia ini memberi banyak kita cabaran dalam mengatasi kerenahnya atau gelagat kelakuan sama ada baik atau sebalikya..namun di sebalik gelagat kelakuan mereka hanya kita yang memberi persepsi sama ada ianya baik ataupun sebaliknya..mungkin gelagat mereka itu baik untuk dirinya atau orang lain tapi tidak untuk kita...jadi untuk mempersepsikan orang lain kita perlu memikirkan dengan sejelas- jelasnya tentangnya...

Kadang- kadang saya juga mengalami perkara yang sama iaitu mempersepsi negatif kepada seseorang dengan tindakannya tapi tujuannya yang sebenar  adalah baik...namun sekarang saya memgambil alternatif agar tidak cepat membuat penilaian terhadap seseorang kerana kita adalah manusia biasa dan setiap tindakan yang dilakukan ada sebabnya selagi tindakan yang dilakukan oleh seseorang  itu tidak bercanggah dengan agama kita sendiri......

Dua hari yang lepas saya dan kawan - kawan di minta berjumpa dengan pensyarah untuk menghantar draf perniagaan bagi subjek Keusahawanan. Kami di minta ke pusat rawatan di bangi. Antara kami ni tidak ada seorang pun yang tahu di mana letaknya pusat rawatan Az-Zahrah..Kami bertolak dari pukul 2 namun setelah mencari pukul 3 lebih baru jumpa..Apabila kami sampai di pusat rawatan tersebut jururawat di situ mengatakan yang pensyarah sudah di pindahkan ke hospital Serdang....kami sangat kecewa kerana dengan bersusah payah mencari rupa- rupanya pensyarah tidak ada di situ..kami juga tidak tahu apa penyebab utama pensyarah dimasukkan ke hospital. Apa yang kami tahu pensyarah dimasukkan  ke hospital kerana demam pada waktu malam sahaja. Saya juga pada masa tu mempunyai banyak kerja iaitu nak menyiapkan slaid untuk pembentangan pada keesokkannya dan juga mempunyai Kuiz perkhidmatan sosial pada waktu pagi ...semasa dalam kereta saya dah pening sebab tak tahu nak buat macam mana... kami semua pergi ke hospital Serdang untuk berjumpa dengan pensyarah..Apabila kami sampai, kami terus bertanya pada kaunter pertanyaan dan mereka mengatakan nama yang kami beritahu tiada....kami semua terkejut...selepas itu kami pergi bertanya di kaunter unit kecemasan dan mereka juga mengatakan tiada orang yang bernama sedemikian..kami semua dah kecut perut sebab nak hantar draf tersebut...langkah terakhir yang kami ambil ialah menelefon pensyarah itu sendiri dan beliau mengatak yang beliau tengah makan bersama keluarganya dan di minta datang selepas satu jam....kami semua terkejut sebab dah penat tapi suruh datang selepas satu jam...dugaan...dugaan...

Selepas itu, tanpa membuang masa kami pergi makan sebab semua dah lapar...selepas satu jam kami pergi jumpa balik pensyarah di hospital..apabila kami jumpa pensyarah, baru sahaja 2 minit beliau terangkan menganai draf tersebut, nombornya dipanggil untuk pemeriksaan doktor...kami semua tercenggang( terkejut)  kat situ...sebab tak tahu apa- apa...wah memang peliklah masa tu..ini adalah kali pertama saya membuat sesuatu kerja di hospital.. kami di minta oleh pensyarah untuk menunggunya..kami menunggu selama 2 jam jugalah....betul- betul menguji kesabaran saya pada hari tu....selepas siap menghantar draf tersebut kereta pulak kehabisan minyak...oo...sangat memalukan..kami berenam terpaksa menolak kereta tersebut ke tepi dan kejadian itu terjdi  betul- betul di hadapan pintu masuk hospital..

Kami pun menelefon dan meminta tolong kawan saya iaitu Rozma dan Arif untuk membeli minyak..nasib baik mereka tolong...kalau tiada mereka saya pun tak tahu boleh balik pukul berapa kerana pada masa itu dah pukul 10.30 malam....

Apa- apa pun saya bersyukur kerana apa yang berlaku saya pasti ada hikmahya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan