Isnin, 28 Februari 2011

"Ekspedisi gua tempurung"

Pertama kali nak pergi gua tempurung rasa sangat teruja. tak sabar rasanya nak pergi. walaupun dalam fikiran macam- macam fikir..hehehee....maklumlah tempat- tempat macam tu mana pernah pergi. Gua Tempurung tuuu... ( walaupun kedengaran bagi orang lain biasa je..tak kisahlah..ada aku kisah) hahahaa.....

pada masa ni kami semua sampai kat gua tempurung



tapi yang tak "bestnyer" mase sampai tue hujan tak berhenti menyebabkan kami semua tidak boleh tidur dalam khemah an terpaksa tidur dalam rumah panjang ( walaupun sebenanya pondok tapi disebabkan panjang kami semua panggilnya rumah panjang ) yang tak ada pintu..hahaha.....cuak juga kami yang perempuan nie...tapi sebenarnya pemandu pelancong ( tapi kami panggil dia abang je nampak lebih mesra sikit...bukan sebab gatal tau...nanti ada pulak yang fikir yang bukan- bukan.) dah bagi 'khemeh' untuk di jadikan pintu....

selepas kami semua makan malam, hujan pun dah berhenti dan kami diberi pilihan sama ada  boleh memasang khemah jika mahu tidur dalam rumah panjang tu. saya ni dah malas nak pasang khemah jadi tidur jelah dalam rumah panjang tu dan ada yang tidur dalam khemah....heheheheee....



 masa nie adalah sesi memperkenalkan diri antara junior, senior dan super senior (  band student upm...hehehe walaupun sebenarnya ianya x wujud..  )


 ( bersiap sedia nak " nightwalk")



saya ingatkan boleh tidur terus rupa- rupanya kami semua kena " nightwalk" pulak malam tu. pengalaman pada malam sangat - sangat menggelikan sebab kami semua kena melintasi air yang ada lintah dan berbau tahi kerbau...ergghhh.....nasib baik saya tak muntah tapi ada jugalah ura- ura nak muntah....
pada malam tu ada juga lah 'part' yang kelakar...biasalah namanya pun perempuan kan..bila kami melintas anak sungai dan selepas tu naik ke darat mesti nak tengok kaki sebab takut ada lintah atau pun pacat...

Yang paling saya takut sekali bila melintasi paya sebab paya tu dahlah ada lintah dan airnya mencecah sampai ke tengkuk...haaaaaa....saya ingatkan masa sekolah je ada benda2x macam nie ( maksud saya mainlah ) masa kat 'U' pun masih kena laluinya.....tapi saya anggapnya sebagai cabaran...hehehehee.nak sedapkan hati je...


Pada keesokkan harinya barulah kami semua pergi ke gua tempurung......tapi untuk sampai ke gua tempurung kami dikehendaki berjalan kaki selama 30 minit..fuhhhhhh....30 minit bagi saya adalah lama..dalam perjalanan ke gua tempurung sempat lagi kami semua ambik gambar..jadi masa perjalanan ke gua tempurung bukan 30 minit tapi dah lebih 30 minit..hahahahaha....tapi kami semua 'enjoy' dengan keadaan kat sana dengan udara yang nyaman dan banyak pokok. sesiapa yang mengalami masalah atau'stress' boleh meluangkan masa kat situ untuk tenangkan fikiran ataupun boleh jugak bercuti dengan 'family'.
                     dalam perjalanan menuju ke gua tempurung....sempat lagi pose...

                                      
                         menunggu giliran untuk masuk dalam gua tempurung


pengalaman masuk dalam gua tempurung sangat bermakna...hehehe...dalam tu dahlah gelap lepas tue kena menggelongsor denga keadaan yang curam.. sangat menakutkan ..masa nak menggelonggor yang pertama saya memang berlagak 'cool'...biasalah tak naklah orang lain kata saya mengada- gada  pulak......tapi kawan saya,  ada yang menangis ( dia bukan mengada- gada tau tapi sebab dia nak jatuh )...kesian pulak saya tengok dia..,.kena kutuk KAW KAW...saya pun bertahanlah sampai nak habis menjelajah kan...saya ingatkan dah habis rupa- rupanya sebelum nak habis yang akhir sekali kami semua kena lagi menggelonggsor satu lagi dan lebig curam...saya pun dah berdebar gila kot....bila ingatkan balik memang memalukan dan kelakar sebab saya dah tak boleh nak kawal...errrhhhhh...malunya... saya nak ucapkan terima kasih pada kawan saya iaitu FAZ dan ISMA sebab  diorang sanggup sambut saya kat bawah...terima kasih sangat- sangat...

                                 semua dah basah bila keluar dari gua tempurung...

sebelum balik sempat lagi nak pose........macam - macam gaya yang mereka nie bagi.....apa- apa pun saya enjoy walaupun dalam kepenatan...