Sabtu, 12 Februari 2011

" Sakit tanpa diundang"

Pada  malam jumaat  saya dengan yakinnya hantar mesej kepada kawan saya supaya pergi kelas koko sama- sama.. saya bagitahu padanya yang  saya nie nak pergi dengan dia. dan pada malam tu, saya tak tahu kenapa saya nie menjadi ceria dan boleh pulak gelak- gelak dengan rumet saya. Boleh dikatakan saya nie menjadi senang hati pada malam tu... dan sebelum tidurlah saya hantar kat kawan saya yang saya nak pergi bersama dengannya kelas koko tu. saya juga merancang nak bangun awal sebab saya nak mengulagkaji pelajaran. saya nie kalau dekat   dengan  " exam" saya  memang sukalah " study" pada waktu pagi. salah satu sebabnya ialah " study" pada waktu tu ianya menenangkan fikiran saya dan saya suka pada suasana yang sunyi.

pada keesokkannya, saya pun bangunlah pukul 4 pagi, tiba- tiba badan saya berasa panas, seluruh tubuh saya sakit dan kepala saya berdenyut dengan kuat. saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tue..saya pun tidur balik dengan harapan agar sakit kepala saya kurang dan badan tak panas tapi tidak juga hilang. saya langsung tak boleh tidur selepas tu.   selepas subuh saya pun menghantar mesej pada kawan saya yang saya tak dapat pergi kelas koko kerana sakit saya masih lagi belum kurang.

Selepas itu, saya pun pergi pusat kesihatan pelajar agar sakit saya ini hilang. saya tak mahulah sakit saya ini berterusan sebab hari isnin nanti saya ada 3 ujian yang perlu dijawab dan saya masih lagi belum habis  "study". pada keesokkannya badan saya tidak lagi panas, badan saya pun dah tak sakit- sakit dan kepala saya pun dah tak sakit lagi..Ahamdullillah tuhan memberi keberkatan kepada saya...