Khamis, 17 Februari 2011

Halaqah sentuhan Qalbu : " ikon"

Semalam saya ada menghadiri satu tayangan khas bagi sekretariat kerohanian yang di anjurkan oleh kolej saya. Apa yang saya dapat dalam menghadiri program tu adalah saya merasakan sangat kerdil kerana dugaan yang diberikan oleh Allah kepada saya adalah sangat kecil berbanding nabi Muhammad s.a.w yang di keji, diherdik dan dibaling dengan batu masih lagi teguh dalam memperjuangkan agama islam. kita sebagai umat islam  yang hanya di suruh melakukan perintah  mengikut sunnah dan Al-Quran yang tidak ada halangan seperti nabi kita  dalam manjalankan ibadah sebagai orang islam masih tidak mampu melakukannya.... Apabila saya melihat video tentang nabi Muhammnad s.a.w yang di tayangkan semalam saya tidak tahu kenapa hati saya merasa sangat sayu tentang nabi kita.

Dalam program semalam ada juga tayangan yang diberikan ceramah oleh salah satu penceramah dari Indonesia dalam program tv9. dan saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum ini dalam program ESQ.... beliau memang pandai bermain dengan emosi dan saya kagum dengan beliau kerana dalam memberi ceramah beliau dapat menyentuh hati setiap penonton pada masa itu termasuk saya sekali..Saya harap saya dapat berjumpa dengan beliau lagi dalam program dakwah seperti ini dalam kita mengingati Allah S.W.T.



Dalam program semalam saya juga merupakan orang yang bertuah kerana saya mendapat hadiah cabutan bertuah. Selain itu, saya juga di beri pilihan dalam memilih hadiah. antara hadiah yang ada pada malam tu  ialah baju, buku, dan pen. Saya membuat keputusan untuk memilih buku kerana saya berminat dengan salah satu tajuk buku ini.

Saya berharap juga kepada kawan- kawan saya agar menjadi ringan tulang dalam menghadiri program- program sebegini agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah disamping meningkatkan ilmu kita. ini kerana pada malam saya menghadiri program ini tidak sampai separuh yang hadir. mungkin mereka ada kelas atau sebagainya tapi jika tidak mempunyai apa rancangan luangkanlah sedikit masa untuk memperingati nabi kita sebagaimana sebelum nabi kita meninggal dunia beliau mengingati kita...

" umatku, umatku, umatku"

Selasa, 15 Februari 2011

"Wa Wa Splash Tour"

Hari ini sangat gembira sebab semua masalah yang ada dalam kepala hilang sekejap. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kak nisa, kak dhia, kak rozek, abang safwan dan franky sebab ajak saya keluar jalan- jalan pada hari ni. Alamak, macam beri ucapanlah pulak..hahaha...padahal tak jauh pun saya keluar jalan- jalan.. Apa- apa pun  memang 'best' lah hari ini sebab dapat meluangkan masa bersama dengan senior- senior.

Salah satu sebab saya gembira sangat hari ini sebab saya dapat makan 'free'..hahaha..orang tua- tua kata rezeki jangan di tolak dan masalah jangan di cari..ermm...rasa nasi lemak tadi sedap jugak lebih- lebih lagi minum  dengan air batu campur kat kopitiam tue.. tak terkata saya tadi..lain kali bolehlah pergi lagi...


lepas makan tadi terus pergi Wa Wa Splash Tour...first time saya naik bas dalam air..opppsss...bukan dalam air tapi atas air...hehehehe.... menjerit jugak saya tadi tiba- tiba je bas masuk dalam air( atas air ya) ...fuhh..lemah semangat saya sekejap..tapi sebelum tu pemandu pelancong memberi penerangan tentang   keselamatan terlebih dahulu dan  jika terjadi apa- apa penumpang dikehendaki pakai baju keselamatan...selepas memberi penerangan  saya pula yang duduk kat belakang taklah berapa dengar( dengar jugak tapi sikit- sikit jelah) dan bertanya pada kak Dhia

" sampai kat tasik nanti kena terjun ke"

kak Dhia terus ketawakan saya. "

''Sebenarnya kalau berlaku kecemasan kena pakai baju keselamatan tu dan kena terjunlah tasik" kata kak Dhia ..

fuh..terkejut jugak saya sebab saya tak naklah basah.. dahlah saya tak bawa baju 'spare'. yelah nak pergi 'shopping' siapa  yang ada  bawa baju 'spare'..orang beli baju adalah..
 Pada hari ini juga, saya dapat satu lagi maklumat iaitu bekas perdana menteri kita iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir ada 5 buah rumah. dan tadi saya cuma nampak  atapnya sahaja bila ditunjukkan oleh pemandung pelancong tu. bagi saya ini satu maklumat yang berguna. tak sangka beliau ada banyak rumah yang cantik- cantik dan kosnya tak payah cakaplahkan memang mahal. jadi fikir- fikirlah sendiri...



Selepas itu, kami pergi pula ke Mines Wonderland..kat sana banyak juga spesies burung dan binatang- binatang lain seperti harimau, beruang, monyet dan banyak lagi..saya ni teringin nak tengok anak kera dengan lebih dekat. saya pun mendekatkan diri dengan anak kera tu. tiba- tiba anak kera tu marah kat saya dengan bunyinya yang garang..terkejut saya dibuatnya....saya rasa macam dah serik nak berada dekat dengan anak kera lagi sebab saya ni dah ada pengalaman kena gigit dengan anak kera masa kecik- kecik dulu. maklumlah tak dengar cakap orang tua- tua..tapi walaubagaimanapun saya rasa sangat seronok..kat situ juga ada  replika duit syiling pelbagai jenis dari tahun ke tahun... sempat jugalah kami ambik gambar walaupun hujan dah turun..hehehehe

Isnin, 14 Februari 2011

" Usaha Berbaloi"

        Sudah 3 hari saya hempas pulas membaca buku sebabnya hari ini ada 3 'test' yang perlu di jawab. soalannya bukan semua berbentuk objektif tapi 2 esei dan satu objektif, nasib baiklah yang objektif tu adalah yang akhir sekali. taklah teruk sangat nak membacanya tapi masih perlu di beri perhatian kerana soalan itulah yang akan membunuh dalam memberi markah. Tiga hari yang lepas saya memang tidur tak lena gara- gara  ujian ni. Tapi nasib baiklah saya ada rumet yang menemani dalam mengulangkaji pelajaran dan tak jemu- jemu dalam memberi kata - kata semangat. Maklumlah kalau saya ni malas membaca malulah saya sebabnya saya ni di kategorikan sebagai kakak kepadanya. Kalaulah asyik di tegur malu jugak saya  ni. jadi saya pun belajarlah dengan dia ( bukan sama- sama baca duduk semeja tapi sendirilah ).

        Dalam tiga hari ni juga saya mengalami demam tapi nasib baiklah saya sembuh dengan cepat. eh.. risau jugak saya kalau melarat. macam manalah saya nak mengulangkaji pelajaran kalau demam saya makin teruk..tak dapatlah saya nak fokus!!

Hari ni dengan yakinnya saya dapat kesemua soalan tapi saya tak tahulah ianya menepati soalan ke tidak. maklumlah kadangkala apa yang kita buat tu syok sendiri..hahahaha...lain soalan tanya lain pula jawapan yang di beri..Tapi lepas habis je jawab ujian yang terakhir tadi ..fuhhh..bukan main lagi saya senang hati..malam ni bolehlah saya tidur awal sikit nak gantikan yang tiga hari lepas tidur pun ibarat tidur ayam je. ermm..sekarang nie rumet saya dah gantikan tidur dia yang tak cukup tu...lena benar dia tidur..takpe- takpe nanti malam saya pula ya...hehehehe

Apa- apa pun saya sangat gembira sebab saya hanya tinggal satu lagi ujian yang tinggal..semoga saya dapat menjawab pada minggu hadapan..