Jumaat, 12 Oktober 2012

Rindu yang meluap- luap...

Hai..dah sebulan tak bercakap dengan 'daddy'....tulah padahnya merajuk lama- lama..bila 'daddy call' tak nak angkat ..erm...rindunya nak dengar suara...tengok jer saya nie jenis ya g kasar kat universiti tapi kat rumah sayalah yang palig lembik dan manja.....walaupun saya nie anak sulung...kalau dah kena marah sikit merajuk memanng lama- lama...Hari tu pun masa saya bagi tahu yang saya pergi naik Bukit Broga mereka tak percaya katanya saya nie jenis yang lembik dan mereka bimbang kalau ada apa- apa...ermm..tapi saya yakinkan mereka sebab saya mampu lakukannnya...hehehehehe.....

Sebenarnya...Dah dua kali 'daddy' call...yang pertama tu memang sengaja tak nak angkat konon- kononnya proteslah..yang kedua call bukannya tak nak angkat tapi....tak dengar sebab masa tue tengah dengar lagu jadi tak dengarlah telefon berbunyi..wargh..nak call rasa seganlah pulak...yelah dah merajuk tapi tiba- tiba call...

Adiklah tempat saya berhubung...wahhhh...kalau nak tanya apa- apa merekalah 'spy' saya...Mesti ada yang kata saya nie merajuk tak bertempat kan tapi itulah suasana 'FAMILY'saya..dan tak ada siapa pun yang boleh ubah..my 'Daddy' adalah kawan dan bapa pada kami adik- beradik walaupun tengok jer macam garang tapi kami adik- beradik boleh bergurau senda dan kami tahu 'Daddy' kami seorang yang sangat baik..I REALLY LOVE U DAD...

Saya tak kisah pun orang lain cakap apa..dengan ayah sendiri nak merajuk macam kekasih pulak.. tapi bagi saya kita sepatutnya merajuk pada orang yang betul sebab kalau kekasih belum tentu lagi akan menjadi suami kita dan ayah aka kekal menjadi seorang ayah dan ikatan seoarang ayah dengan anak tidak akan putus sampai bila- bila.... Buat masa sekarang saya mempunyai dua orang kekasih di mana pertalian itu tidak akan putus dan mereka sangat penting bagi hidup saya iaitu yang pertama  AYAH dan ke dua ADIK LELAKI saya.....Merekalah lelaki dalam hidup saya sekarang...Saya sayangkan mereka berdua kerana merekalah lelaki yang banyak memberi inspirasi pada saya..

Ini tak bermakna adik perempuan saya tak sayang..saya pun sayang mereka kerana mereka juga adalah tempat saya mengadu...walaupun mereka ( adik perempuan banyak songeh ) tapi merekalah yang paling memberi saya kekuatan dengan setiap apa yang saya lakukan...Dah lama tak borak dengan mereka..sekarang nie semua ada kat rumah. saya jer yang ada kat sini..Alangkah bagusnya jika saya pun dapat cuti..bolehlah sembang- sembang dan gelak ketawa dengan mereka.....

Semalam dapat panggilan daripada adik yang nombor empat  ( INTAN ) ...WARRGGHHH...geram betul dengar dia bercerita suasana kat rumah membuatkan saya bertambah rindu dan nak balik jer..tapi sabar jelah kerana perjuangan perlu di teruskan di sini. Tapi yang tak boleh tahannya bila dengar suara adik yang bongsu ( MARIA )..RINDUNYA...sebak bila mendengar....Macam nielah bila dah lama cuti lepas tue dah kena datang universiti balik dan tak dapat cuti untuk balik kampung lagi sebab sibuk dengan kerja sebagai pelajar..fuhhh.......apa- apa pun dengar suara dah terubat sedikit rindu tue......















Tiada ulasan:

Catat Ulasan