Ahad, 27 Mac 2011

"Pertama kali bermain ragbi sentuh..."

Selepas berpenat lelah saya berlatih permainan ragbi hasilnya sangat berbaloi walaupun tak dapat pergi ke peringkat akhir...sebabnya ini adalah pertama kali saya pegang bola ragbi dan bermain ragbi. saya sangat berterima kasih kepada kawan saya iaitu rozma kerana pada awalnya saya tidak berminat nak bermain sebab saya tidak tahu corak permainannya macam mana tapi kawan saya ni cakap

''tak pe, nanti kau jadi simpanan je. tak payah nak risau "

saya pun bermain jelah sebab jadi simpanan sahaja tapi bila saya turun latihan tiada orang pun yang nak bermain ragbi ni. saya pun dah jadi takut jugak sebenarnya.Tapi bila berlatih selalu iaitu setiap waktu petang dekat dengan tarikh perlawanan saya dah tahu peraturan dan macam mana nak main. Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih kami..( sebab ramai sangat saya tak boleh nak spesifik kan).akhirnya saya bermain tiga perlawanan kerana senior saya dua orang mengalami masalah kaki dan terpaksa direhatkan..tapi apa- apapun kami sangat 'enjoy'...

Tadi adalah bermulanya perlawanan ragbi dan ianya sangat menyeronokkan. Bagi saya pengalaman bermain ragbi sangat menyeronokkan. bermain atas padang memberi saya kepuasan dan melupakan sekejap yang saya ada 'assigment' yang perlu di selesaikan. saya seronok juga sebab dapat bermain dengan senior- senior yang sebelum ni saya tak berapa kenal boleh bekerjasama dalam satu pasukan.
sebelum perlawanan bermula...semuanya happy....

          selepas perlawanan....boleh pergi ke mara suku akhir...


             babak cemas.....masing- masing panggil nama sebab nak bola....
Inilah antara gaya kami berada di pusat sukan Universiti Putra Malaysia......
sesi pertukaran....kerana letih..

perlawanan masa kedua....' get ready'
dan tidak dilupakan juga oleh pengurus yang memainkan peranan penting dalam menguruskan pemain- pemain dan beliau selalu di sokong oleh teman lelakinya....terima kasih kepada pengurus  yang sanggup menyediakan air 'revive dan juga 100 plus serta air mineral untuk pemain- pemain..pengurus memang terbaik...
Inilah pengurus saya....sanggup berkorban untuk pemain- pemainnya....

3 ulasan: