Khamis, 20 September 2012

COME BACK...HEHEHEHE

Rasanyer dah lama x singgah kat blog..Nak kate sibuk x lah sibuk sangat...apa- apa pun kita masih berjumpa pada hari ini...pejam pelik pejam pelik dah kat 3 tahun saya belajar kat Universiti Putra Malaysia ( UPM ) nie...macam - macam ragam manusia yang saya jumpa.. dan kawan- kawan pun macam - macam perangai nak layan..ada yang sensitiflah, yang kasarlah, yang gediklah...hahahaha..apa- apa pun saya suka berkawan dengan mereka......

kalau fikirkan balik rasa macam nak cepat habis jer belajar sebab tak sabar nak kerja. ada juga fikir nak habis lambat sebab nanti nak jumpa kawan- kawan yang berlainan negeri dah susah..ermmm...sekarang dah tahun akhir.......banyaklah kerja sikit nak buat ' proposal' lagi...hehehehe...jangan silap ya kawan- kawan bukan proposal nak kahwin tapi proposal untuk buat tesis pada semester hadapan...

Sekarang baru jer masuk minggu ke dua kepala dah pening nie sebab fikirkan tajuk projek akhir...nie baru fikir tajuk tak buat yang lebih detail lagi...oooo.....sabar jelah...apa- apa pun ' we must thinking  positive' baru kerja dapat buat dengan tenang dan senang..hahaha...kalau 'negative' je memanjang memang tak berkesudahanlah......

Minggi ke dua nie kuliah sekarang dah banyak kelas ganti..sebab minggu lepas cuti menyambut hari Malaysia..minggu nie saje dah 3 malam Dr buat kelas malam..oo..penat jugaklah..Salah seorang Dr yang buat kelas ganti nie sebab dia nak pergi Haji...minggu depan pun sama kelas malam tetap ada sebab nak cepat habiskan kuliah sebelum pergi Haji.. yang tak tahannya kelas tu ada bahasa ketiga dan belajar dengan free pulak  iaitu Jepun..lengkap pakej kami....walaupun kami nie tak faham, buat- buat aham jelah ..maklumlah Dr pernah belajar kat sana....


Apa- apa pun perjuangan perlu di teruskan walaupun banyak halangan dan benda yang kita tidak suka kerana DIA datangkan kepahitan kepada kita kerana DIA ingin memberikan kemanisan di kemudiannya..:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan