Di saat mengalami kesulitan baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan..pergaulan sesama manusia ini memberi banyak kita cabaran dalam mengatasi kerenahnya atau gelagat kelakuan sama ada baik atau sebalikya..namun di sebalik gelagat kelakuan mereka hanya kita yang memberi persepsi sama ada ianya baik ataupun sebaliknya..mungkin gelagat mereka itu baik untuk dirinya atau orang lain tapi tidak untuk kita...jadi untuk mempersepsikan orang lain kita perlu memikirkan dengan sejelas- jelasnya tentangnya...
Kadang- kadang saya juga mengalami perkara yang sama iaitu mempersepsi negatif kepada seseorang dengan tindakannya tapi tujuannya yang sebenar adalah baik...namun sekarang saya memgambil alternatif agar tidak cepat membuat penilaian terhadap seseorang kerana kita adalah manusia biasa dan setiap tindakan yang dilakukan ada sebabnya selagi tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak bercanggah dengan agama kita sendiri......
Dua hari yang lepas saya dan kawan - kawan di minta berjumpa dengan pensyarah untuk menghantar draf perniagaan bagi subjek Keusahawanan. Kami di minta ke pusat rawatan di bangi. Antara kami ni tidak ada seorang pun yang tahu di mana letaknya pusat rawatan Az-Zahrah..Kami bertolak dari pukul 2 namun setelah mencari pukul 3 lebih baru jumpa..Apabila kami sampai di pusat rawatan tersebut jururawat di situ mengatakan yang pensyarah sudah di pindahkan ke hospital Serdang....kami sangat kecewa kerana dengan bersusah payah mencari rupa- rupanya pensyarah tidak ada di situ..kami juga tidak tahu apa penyebab utama pensyarah dimasukkan ke hospital. Apa yang kami tahu pensyarah dimasukkan ke hospital kerana demam pada waktu malam sahaja. Saya juga pada masa tu mempunyai banyak kerja iaitu nak menyiapkan slaid untuk pembentangan pada keesokkannya dan juga mempunyai Kuiz perkhidmatan sosial pada waktu pagi ...semasa dalam kereta saya dah pening sebab tak tahu nak buat macam mana... kami semua pergi ke hospital Serdang untuk berjumpa dengan pensyarah..Apabila kami sampai, kami terus bertanya pada kaunter pertanyaan dan mereka mengatakan nama yang kami beritahu tiada....kami semua terkejut...selepas itu kami pergi bertanya di kaunter unit kecemasan dan mereka juga mengatakan tiada orang yang bernama sedemikian..kami semua dah kecut perut sebab nak hantar draf tersebut...langkah terakhir yang kami ambil ialah menelefon pensyarah itu sendiri dan beliau mengatak yang beliau tengah makan bersama keluarganya dan di minta datang selepas satu jam....kami semua terkejut sebab dah penat tapi suruh datang selepas satu jam...dugaan...dugaan...
Selepas itu, tanpa membuang masa kami pergi makan sebab semua dah lapar...selepas satu jam kami pergi jumpa balik pensyarah di hospital..apabila kami jumpa pensyarah, baru sahaja 2 minit beliau terangkan menganai draf tersebut, nombornya dipanggil untuk pemeriksaan doktor...kami semua tercenggang( terkejut) kat situ...sebab tak tahu apa- apa...wah memang peliklah masa tu..ini adalah kali pertama saya membuat sesuatu kerja di hospital.. kami di minta oleh pensyarah untuk menunggunya..kami menunggu selama 2 jam jugalah....betul- betul menguji kesabaran saya pada hari tu....selepas siap menghantar draf tersebut kereta pulak kehabisan minyak...oo...sangat memalukan..kami berenam terpaksa menolak kereta tersebut ke tepi dan kejadian itu terjdi betul- betul di hadapan pintu masuk hospital..
Kami pun menelefon dan meminta tolong kawan saya iaitu Rozma dan Arif untuk membeli minyak..nasib baik mereka tolong...kalau tiada mereka saya pun tak tahu boleh balik pukul berapa kerana pada masa itu dah pukul 10.30 malam....
Apa- apa pun saya bersyukur kerana apa yang berlaku saya pasti ada hikmahya....
"berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendah- rendah diri dan perlahan- lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang yang berbuat baik"( al-Araaf,55-56)
Khamis, 6 Oktober 2011
"Memberikan seribu pengertian.......''
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
" Hanya KAU yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku...Ya Allah...berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku- liku hidup yang penuh dengan godaan syaitan..hanya padaMu kuberserah..."

Isnin, 19 September 2011
" Kuliah yang sebenar bermula"
Kuliah minggu ni dah bermula....pelajar pun dah sibuk mencari nota, mendaftarkan subjek, dan mencari kumpulan...tidak terkecuali saya. saya juga setiap kali kelas mesti berdebar- debar..hehehe... bukan apa takut tak ada kumpulan untuk buat kertas kerja je..kalau dapat orang yang satu kepala dengan kita tak apa juga tapi kalau dapat yang tiga empat kepala susahlah nak buat kerja..Tapi syukurlah sem ni masih lagi berkumpulan dengan kawan- kawan yang senang dibawa berbincang dan lebih penting satu kepala dengan saya...bukan apa nak buat kerja nanti tidaklah timbul banyak sangat konflik.....
Sem ni juga saya memang otai..hehehe..tak sangka sem ni pergi kelas dengan menaiki motor( berani jugak ya saya ni ya.hahahaha)...Fuhh...macam manalah ya kalau 'bapak' saya tahu...tapi saya tak naklah simpan rahsia ni lama- lama sebab nanti kalau berlaku apa- apa ( minta dijauhkanlah!!) lagi teruk kena kerjakan.....tapi ada kebaikan juga pergi dengan motor sebab tak payahlah terkejar- kejar nak naik bas dan nak berebut- rebut...terima kasihlah kepada kawan saya yang memang dah otai tu ( isma..jangan marah ya isma..)...
Sem ni juga bermulalah saya menjadi 'student foreigner'..bukan kerana saya belajar di 'overseas' tapi di sebabkan kolej saya nak di robohkan jadi terpaksalah saya dipindahkan di kolej 'foreigner'....takpelah tak belajar di luar negara tapi ambil nama pun jadilah....
" Apa- apa pun tak kisahlah kita berada dimana asalkan matlamat yang kita nak tercapai....tak gitu????:)"

Ahad, 27 Mac 2011
"Pertama kali bermain ragbi sentuh..."
Selepas berpenat lelah saya berlatih permainan ragbi hasilnya sangat berbaloi walaupun tak dapat pergi ke peringkat akhir...sebabnya ini adalah pertama kali saya pegang bola ragbi dan bermain ragbi. saya sangat berterima kasih kepada kawan saya iaitu rozma kerana pada awalnya saya tidak berminat nak bermain sebab saya tidak tahu corak permainannya macam mana tapi kawan saya ni cakap
''tak pe, nanti kau jadi simpanan je. tak payah nak risau "
saya pun bermain jelah sebab jadi simpanan sahaja tapi bila saya turun latihan tiada orang pun yang nak bermain ragbi ni. saya pun dah jadi takut jugak sebenarnya.Tapi bila berlatih selalu iaitu setiap waktu petang dekat dengan tarikh perlawanan saya dah tahu peraturan dan macam mana nak main. Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih kami..( sebab ramai sangat saya tak boleh nak spesifik kan).akhirnya saya bermain tiga perlawanan kerana senior saya dua orang mengalami masalah kaki dan terpaksa direhatkan..tapi apa- apapun kami sangat 'enjoy'...
Tadi adalah bermulanya perlawanan ragbi dan ianya sangat menyeronokkan. Bagi saya pengalaman bermain ragbi sangat menyeronokkan. bermain atas padang memberi saya kepuasan dan melupakan sekejap yang saya ada 'assigment' yang perlu di selesaikan. saya seronok juga sebab dapat bermain dengan senior- senior yang sebelum ni saya tak berapa kenal boleh bekerjasama dalam satu pasukan.
selepas perlawanan....boleh pergi ke mara suku akhir...
babak cemas.....masing- masing panggil nama sebab nak bola....
Inilah antara gaya kami berada di pusat sukan Universiti Putra Malaysia......
Inilah pengurus saya....sanggup berkorban untuk pemain- pemainnya....
''tak pe, nanti kau jadi simpanan je. tak payah nak risau "
saya pun bermain jelah sebab jadi simpanan sahaja tapi bila saya turun latihan tiada orang pun yang nak bermain ragbi ni. saya pun dah jadi takut jugak sebenarnya.Tapi bila berlatih selalu iaitu setiap waktu petang dekat dengan tarikh perlawanan saya dah tahu peraturan dan macam mana nak main. Terima kasih juga kepada jurulatih-jurulatih kami..( sebab ramai sangat saya tak boleh nak spesifik kan).akhirnya saya bermain tiga perlawanan kerana senior saya dua orang mengalami masalah kaki dan terpaksa direhatkan..tapi apa- apapun kami sangat 'enjoy'...
Tadi adalah bermulanya perlawanan ragbi dan ianya sangat menyeronokkan. Bagi saya pengalaman bermain ragbi sangat menyeronokkan. bermain atas padang memberi saya kepuasan dan melupakan sekejap yang saya ada 'assigment' yang perlu di selesaikan. saya seronok juga sebab dapat bermain dengan senior- senior yang sebelum ni saya tak berapa kenal boleh bekerjasama dalam satu pasukan.
sebelum perlawanan bermula...semuanya happy....
selepas perlawanan....boleh pergi ke mara suku akhir...
Inilah antara gaya kami berada di pusat sukan Universiti Putra Malaysia......
sesi pertukaran....kerana letih..
perlawanan masa kedua....' get ready'
dan tidak dilupakan juga oleh pengurus yang memainkan peranan penting dalam menguruskan pemain- pemain dan beliau selalu di sokong oleh teman lelakinya....terima kasih kepada pengurus yang sanggup menyediakan air 'revive dan juga 100 plus serta air mineral untuk pemain- pemain..pengurus memang terbaik...Inilah pengurus saya....sanggup berkorban untuk pemain- pemainnya....
Sabtu, 19 Mac 2011
" Rindunya..."
Selama satu bulan tiga belas hari dah saya tak balik rumah...ermmm..walaupun bagi orang lain ianya hanyalah sekejap tapi bagi saya satu bulan tiga belas hari adalah sangat lama........macam manalah ya rupa mak dan ayah saya. mesti kedutnya dah tambah lagi...maklumlah saya kat sini nie berat badan dah bertambah lagi...( tapi tak payahlah sibuk- sibuk nak peningkan kepala pulak fikir berapa berat saya bertambah ya.... :))padahal tak ada orang fikir pun)ahahahahaha......
rindunya saya pada adik- adik...mesti mereka pun sama...hehehe
bukannya saya tak pernah menelefon mereka tapi perasaan rindu untuk menatap wajah keluarga lagi kuat berbanding hanya mendengar suara....
Saya rindu sangat pada mereka ..yelah...bila bangun pagi mesti dengar suara mereka bergaduh berebut bilik air sebab masing- masing sibuk nak pergi sekolah dan ada yang nak pergi bekerja...rindunya suara mereka bergaduh...dan kadang- kadang bila mereka bergaduh sampai saya yang terpaksa bangun leraikan.....hehehehehe.......( sebab tulah adik- adik saya panggil saya " mak tiri")
tapi saya tak kisah sebab saya tahu mereka beri gelaran macam tu sebab mereka " sayang " pada saya.....
saya kenalah bersabar lagi dua bulan tinggal kat sini....saya kena 'SABAR, SABAR, SABAR'...
Dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang;
Dua tiga memang tak boleh di cari,
keluarga yang paling ku sayang...
Rabu, 16 Mac 2011
Statistik Oh Statistik....
Arggghhh....saya bukan main lagi study minggu ni tapi masih juga tak dapat jawab soalan statistik....perrrgghhh....bila dapat soalan tadi...dah pusing kepala saya....
saya baca soalan tadi saya rasa dapat buat ( rasa jelah ) tapi bila nak buat saya tak ingat pulak formula padahal saya dah hafal....( sebenarnya bukan tak ingat tapi tak tahu macam mana nak guna je) itulah..pandainya saya ni...anak siapalah saya ni kan...??? ( jangan jawablah..sudah tentulah saya anak mak dan ayah saya)hehehehe
Daripada 20 soalan tu yang saya yakin cuma 3 soalan sahaja yang saya rasa betul....tak tahulah macam mana bila dapat keputusan nanti....( mesti saya terguling- guling atas katil )...
takutnya saya kalau ayah saya tanya...tak tahulah macam mana nak 'kelentong'......
ARGHH...SAKITNYA KEPALA BILA FIKIR""STATISTIK"' nie...

Tapi apa- apapun saya kenalah berusaha lagi untuk 'final exam'...hehehehe ( walaupun bunyinya nak sedapkan hati tapi saya mesti berfikir positif ) ''Thinking Positif''!!!!!!!!

Selasa, 15 Mac 2011
" kawan dot dot dot..."
Kawan kadangkala boleh juga menjdi lawan....hehehe...tapi janganlah ada yang terasa bila baca saya punyer 'statment' nie...nanti kalu dah baca adalah tue yang tarik muka masam dan muncung pun boleh ikat....errgghh...geram betul kalau orang macam ni..." lawan' yang saya maksudkan di sini bukannya musuh cuma ada segelintir kawan ni tak faham situasi yang di alami oleh saya......jangan marah ya kawan....:)
' jauhkanlah dari sifat cemburu dan dengki antara satu sama lain wahai kawan- kawanku....'
---fahamkanlah konsep ini agar kita pun boleh sama- sama dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman OK....!!!!!----
Apa yang saya tulis kat sini hanyalah sekadar ingin mengingatkan sesama insan atau sesama manusia. kita harus ingat yang kita ni manusia yang tidak sempurna jadi janganlah cari kesalahan orang sahaja. kita kena ingatlah kita pun ada kekurangannya yang tersendiri...
ada seorang umat islam ni yang saya membaca dia punya 'statment' iaitu
" besahabat boleh setia, namun tidak semesti berkepit selalu'....
jadi renung- renungkanlah...apa yang saya ingin jelaskan di sini ialah kita haruslah berkawan dengan ramai orang agar kita dapat memperluaskan pergaulan dan memperluaskan ilmu pengetahuan agar kita tidak terlalu bergantung dengan orang. dan janganlah sampai ianya memakan diri sendiri sudahlah...jadi kita hendaklah bergantung pada diri sendiri agar nanti bila nak buat sesuatu kita mesti nak kena ada teman...jadi tak bolehlah macam tu...kalau kita asyik nak ada teman di mana 'privasi' kawan kita....?????? kesianlah kan????
tetapi bila kawan kita tidak selalu bersama dengan kita janganlah pulak kita kecik hati...jadi kita kena fahamlah kenapa dia tidak selalu dengan kita....dia pun nak ada 'privasi' jugak kan???? apabila dah sama- sama macam tu kenapa masih lagi ada yang tak faham........susah sangat ke nak faham..???

Langgan:
Catatan (Atom)