Sabtu, 13 Oktober 2012

Konvokesyen Senior..

Hari nie dah mula konvo untuk senior- senior...gembiranya tengok mereka bergaya dengan jubah masing- masing.. Akhirnya penantian bagi mereka selama empat tahun belajar di Universiti akhirnya berakhir dan mereka akan menempuh ke alam pekerjaan pula. Bila melihat senior memakai jubah dan naik di atas pentas rasanya tak sabar nak habis belajar..rasa macam saya jer yang berada di atas pentas bila tengok mereka berada atas pentas....wahhhh..tak sabar bila di fikirkan balik...

Ada yang datang dengan keluarga dan terpancar di wajah kedua ibu bapa mereka perasaan bangga bahawa anak mereka akhirnya berjaya menamatkan pelajaran dan memegang segulung ijazah..semoga anak- anak mereka membalas jasa apabila mendapat pekerjaan dan tidak lupa bahawa mereka ada tanggungjawab pada orang tua mereka..kepada senior- senior...semoga menjadi orang yang berguna pada kedua ibu bapa ya..:) 


Bagi yang baru kahwin jer  ( Pengantin Baru ) dah mendapat pakej hadiah...menarik betul....sebelum mendapat segulung ijazah mereka dah dapat hadiah yang bernialai iaitu mereka akan menyambut orang baru..Tahniah pada Kak Nisa dan Kak Zila ya..nanti dah jadi mama...Semoga semuanya berjalan dengan lancar di hari konvokesyen tue dan semoga berbahagia di samping keluarga tersayang..
TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SENIOR- SENIOR...;)

Jumaat, 12 Oktober 2012

Rindu yang meluap- luap...

Hai..dah sebulan tak bercakap dengan 'daddy'....tulah padahnya merajuk lama- lama..bila 'daddy call' tak nak angkat ..erm...rindunya nak dengar suara...tengok jer saya nie jenis ya g kasar kat universiti tapi kat rumah sayalah yang palig lembik dan manja.....walaupun saya nie anak sulung...kalau dah kena marah sikit merajuk memanng lama- lama...Hari tu pun masa saya bagi tahu yang saya pergi naik Bukit Broga mereka tak percaya katanya saya nie jenis yang lembik dan mereka bimbang kalau ada apa- apa...ermm..tapi saya yakinkan mereka sebab saya mampu lakukannnya...hehehehehe.....

Sebenarnya...Dah dua kali 'daddy' call...yang pertama tu memang sengaja tak nak angkat konon- kononnya proteslah..yang kedua call bukannya tak nak angkat tapi....tak dengar sebab masa tue tengah dengar lagu jadi tak dengarlah telefon berbunyi..wargh..nak call rasa seganlah pulak...yelah dah merajuk tapi tiba- tiba call...

Adiklah tempat saya berhubung...wahhhh...kalau nak tanya apa- apa merekalah 'spy' saya...Mesti ada yang kata saya nie merajuk tak bertempat kan tapi itulah suasana 'FAMILY'saya..dan tak ada siapa pun yang boleh ubah..my 'Daddy' adalah kawan dan bapa pada kami adik- beradik walaupun tengok jer macam garang tapi kami adik- beradik boleh bergurau senda dan kami tahu 'Daddy' kami seorang yang sangat baik..I REALLY LOVE U DAD...

Saya tak kisah pun orang lain cakap apa..dengan ayah sendiri nak merajuk macam kekasih pulak.. tapi bagi saya kita sepatutnya merajuk pada orang yang betul sebab kalau kekasih belum tentu lagi akan menjadi suami kita dan ayah aka kekal menjadi seorang ayah dan ikatan seoarang ayah dengan anak tidak akan putus sampai bila- bila.... Buat masa sekarang saya mempunyai dua orang kekasih di mana pertalian itu tidak akan putus dan mereka sangat penting bagi hidup saya iaitu yang pertama  AYAH dan ke dua ADIK LELAKI saya.....Merekalah lelaki dalam hidup saya sekarang...Saya sayangkan mereka berdua kerana merekalah lelaki yang banyak memberi inspirasi pada saya..

Ini tak bermakna adik perempuan saya tak sayang..saya pun sayang mereka kerana mereka juga adalah tempat saya mengadu...walaupun mereka ( adik perempuan banyak songeh ) tapi merekalah yang paling memberi saya kekuatan dengan setiap apa yang saya lakukan...Dah lama tak borak dengan mereka..sekarang nie semua ada kat rumah. saya jer yang ada kat sini..Alangkah bagusnya jika saya pun dapat cuti..bolehlah sembang- sembang dan gelak ketawa dengan mereka.....

Semalam dapat panggilan daripada adik yang nombor empat  ( INTAN ) ...WARRGGHHH...geram betul dengar dia bercerita suasana kat rumah membuatkan saya bertambah rindu dan nak balik jer..tapi sabar jelah kerana perjuangan perlu di teruskan di sini. Tapi yang tak boleh tahannya bila dengar suara adik yang bongsu ( MARIA )..RINDUNYA...sebak bila mendengar....Macam nielah bila dah lama cuti lepas tue dah kena datang universiti balik dan tak dapat cuti untuk balik kampung lagi sebab sibuk dengan kerja sebagai pelajar..fuhhh.......apa- apa pun dengar suara dah terubat sedikit rindu tue......















Khamis, 27 September 2012

Hormat- Menghormati...

Adakah kawan- kawan tahu apa sebenarnya erti perkataan hormat- menghormati?? dan adakah kawan- kawan mengamalkan dengan sebaik mungkin atau hanya dengan mengmalkan amalan tersebut dengan ala kadar sahaja??? kita selalu dengar yang muda mesti menghormati yang tua barulah yang tua akan menghormati yang muda..begitu juga yang junior menghormati kepada senior dan senior pula menghormati yang junior.. barulah amalan ini akan menjadi semakin rapuh dan tidak luput dari generasi ke generasi yang akan datang. Masyarakat juga pasti akan menjadi satu ikatan yang kukuh yang sukar di gugat oleh negara luar dan sesebuah negara dan tidakakan  mengalami masalah seperti rusuhan, peperangan dan sebagainya.
Tapi sekarang rasa hormat- menghhormati dah kurang di kalangan golongan yang muda....membuatkan saya tertanya- tanya kenapa mereka sudah tidak mengamalkannya sedangkan itu adalah satu langkah yag betul untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.  tapi sekarang amalan ni dah semakin kurang di amalkan.


Semalam saya terlibat dalam satu mesyuarat  dengan Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) lain untuk satu program Universiti dan kebanyakan mereka yang menjadi AJK adalah junior. Saya tidak kisah walaupun mereka junior kerana mereka masih baru dan mereka ingin bekajar untuk memegang jawatan dalam setiap program. Saya tumoang gembira dengan semangat mereka dalam meneruskan perjuangan dan menunjukkan krebiliti mereka. Tapi  apa yang menjadikan saya terkilan ialah pada mesyuarat tersebut 'Junior' tidak mempunyai rasa hormat pada 'Senior'. Saya sebagai senior bukannya nak suruh mereka tunduk seperti buat apa yang saya suruh dan ampu saya tetapi sekurang- kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada senior atau orang yang lebih tua..... Ini dengan selamba panggil nama jer dan tidak berbahasa 'KAKAK'...Amboi, dimana 'bahasa cantik' adik- adik ya dah di telan bumi ker???

Nak salahkan mereka 100% tak boleh jugak mungkin kami yang senior nie ada yang sama umur dengan junior  sebab tulah mereka segan nak berbahasa 'KAKAK' ..tapi yang dah terang lampu bersuluh tue memang tak patutlah buat macam tu....tunjukkanlah rasa hormat tu...Kalau nak tahu 'ADIK- ADIK' sebelum kamu semua pegang jawatan dalam apa- apa program kami yang pernah mengendalikannya dulu.. jadi tak payahlah nak berlagak sangat dan tak membawa faedah pun pada kita semua.

Kalau kita semua tak amalkan amalan ini sia- sialah kerajaan berkempen dan menghabiskan duit...ermm..Sama- samalah kita fikirkannya ya...








Khamis, 20 September 2012

COME BACK...HEHEHEHE

Rasanyer dah lama x singgah kat blog..Nak kate sibuk x lah sibuk sangat...apa- apa pun kita masih berjumpa pada hari ini...pejam pelik pejam pelik dah kat 3 tahun saya belajar kat Universiti Putra Malaysia ( UPM ) nie...macam - macam ragam manusia yang saya jumpa.. dan kawan- kawan pun macam - macam perangai nak layan..ada yang sensitiflah, yang kasarlah, yang gediklah...hahahaha..apa- apa pun saya suka berkawan dengan mereka......

kalau fikirkan balik rasa macam nak cepat habis jer belajar sebab tak sabar nak kerja. ada juga fikir nak habis lambat sebab nanti nak jumpa kawan- kawan yang berlainan negeri dah susah..ermmm...sekarang dah tahun akhir.......banyaklah kerja sikit nak buat ' proposal' lagi...hehehehe...jangan silap ya kawan- kawan bukan proposal nak kahwin tapi proposal untuk buat tesis pada semester hadapan...

Sekarang baru jer masuk minggu ke dua kepala dah pening nie sebab fikirkan tajuk projek akhir...nie baru fikir tajuk tak buat yang lebih detail lagi...oooo.....sabar jelah...apa- apa pun ' we must thinking  positive' baru kerja dapat buat dengan tenang dan senang..hahaha...kalau 'negative' je memanjang memang tak berkesudahanlah......

Minggi ke dua nie kuliah sekarang dah banyak kelas ganti..sebab minggu lepas cuti menyambut hari Malaysia..minggu nie saje dah 3 malam Dr buat kelas malam..oo..penat jugaklah..Salah seorang Dr yang buat kelas ganti nie sebab dia nak pergi Haji...minggu depan pun sama kelas malam tetap ada sebab nak cepat habiskan kuliah sebelum pergi Haji.. yang tak tahannya kelas tu ada bahasa ketiga dan belajar dengan free pulak  iaitu Jepun..lengkap pakej kami....walaupun kami nie tak faham, buat- buat aham jelah ..maklumlah Dr pernah belajar kat sana....


Apa- apa pun perjuangan perlu di teruskan walaupun banyak halangan dan benda yang kita tidak suka kerana DIA datangkan kepahitan kepada kita kerana DIA ingin memberikan kemanisan di kemudiannya..:)




Jumaat, 9 Disember 2011

'' ZOO oh ZOO

Menjadi sukarelawan di zoo Taiping satu pengalaman yang sangat seronok dan berbaloi..lebih- lebih lagi pergi dengan kawan- kawan yang memang dah kepala pun ''gila- gila''..korang semua memang 'the best'.. walaupun penat tapi berbaloi dengan pengalaman yang ternilai dan tak dapat dibeli pun.. ini adalah pertama kali saya membersihkan zoo....setiap daripada kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan..ada yang dapat membersihkan kandang harimau, arnab, burung dan sebagainya..dan saya pula membersihkan kandang rusa, kancil dan juga kandang kambing gurun...eee...memang kambing gurun sangat garang...nak ambil gambar dengan kambing gurun pun tak jadi sebab mukanya yang garang sangat...


Pada waktu nie saya dan kawan-kawan tiba di Zoo Taiping....     ''welcome....welcome...welcome'' semua dah teruja nak jumpa dengan haiwan- haiwan yang ada dalam zoo tue..

Nama kawan saya nie Yoke Lee...dia adalah satu- satunya kawan saya yang berlainan bangsa mengikut kumpulan kami menjadi sukarelawan di Taiping Perak....saya pun dah terikut gaya bergambarnya.....haaaa...kalau nak tahu Yoke Lee pun satu kumpulan dengan saya membersihkan kandang haiwan.
Seriusnya muka Yoke Lee...........masa nie kumpulan saya membersihkan kandang kancil......kancil- kancil ni  sangat liar...bila kami nak mula  bersih je si kancil ni mulalah berlari ke sana ke mari...cuak juga kami....bukan apa takut dengan yang seekor kancil tu...tanduknya sangat tajam....
Masa ni kami membersih kandang rusa....saya ingatkan si kancil tadi yang tanduknya paling besar tapi ada lagi tanduk yang besar....rusa pun nak ambil  gambar juga.....ermm...hai si rusa ni...lawa giginya...dan kami juga berpeluang memberi ikan- ikan makan dan juga dapat pegang ular..tapi saya tak pegang pun sebab tak berani...penakut sikit..sikit je...tak banyak...

Masa ni pula kami dikehendaki membersihkan di satu kawasan air tejun....tempat nie memang nyaman...dua- dua kawan gaya senyum pun dah sama...suka sangat kutip sampah kat situ agaknya...kami di bawa untuk melihat suasana air kat situ dan memang cantik..kawan saya( yang perempuan)  memang suka sangat kalau mandi air terjun..bila dia tengok je satu kawasan air terjun yang cantik tu terus dia tunjuk dan cakap' lawanya' ..dia tak perasan jari yang dia tunjuk tu menghala ke arah sekumpulan lelaki yang sedang memakai baju...kami terkejutlah...dia pun malu- malu...kerana teruja sangat sampai tak sedar apa yang ada depan mata.....                                                                                                                     
Ceria betul mereka nie mandi.....air nie sangat sejuk..untuk makluman air terjun di sini merupakan salah satu sumber air mineral seamaster di perak......selain itu, kawan saya ada memberitahu seorang pak cik mencari syiling peninggalan zaman penjajah kat air terjun tu... sesiapa yang nak pergi melancong kat perak merupakan salah satu destinasi yang menarik...kaya dengan sejarah dan sebab Itu lah negeri Perak di gelarkan negeri warisan...

Sebelum bertolak ke UPM  kami di bawa ke satu tempat istimewa untuk menjamu selera.. semua makanan di situ berasaskan udang...kawan- kawan saya semua teruja nak makan udang sebabnya segar..saya pun apa lagi nak cubalah..walaupun saya tak boleh makan makanan laut....apa yang saya tahu jika tempah makanan yang biasa udangnya kecil sikit dan kurang 2 ekor daripada 'special'..namanya 'special' mestilah lebih sikit. saya pun nak cuba tapi saya pilih yang biasa sahaja...saya hanya sempat makan 2 ekor sahaja sebab tekak saya dah tak boleh terima...fuuhhhh.... tekak saya dah jadi gatal dan loya...

SEBENARNYA  TUGAS SAYA KE SANA JUGA ADALAH SEBAGAI AJK KESELAMATAN...tapi bukan saya yang merawat orang, orang yang kena rawat saya.....semasa dalam perjalanan  badan saya dah lain macam. apabila bas berhenti je saya terus turun mencari tandas. disebabkan saya makan udang tadi, saya muntah....Kesian kawan- kawan saya terpaksa menjaga saya terutamanya Yoke Lee...Selepas muntah  barulah saya merasa lega...Mulai dari hari ini saya dah tak nak makan udang lagi....
                                                                                                                                                                                                                                                                         
                                                                                

Rabu, 9 November 2011

''The respected figures in Malaysia''

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. (born 10 July 1925) is a Malaysian politician who was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia's longest serving Prime Minister. His political career spanned almost 40 years.


Born and raised in Alor Setar, Kedah, Mahathir excelled at school and became a medical doctor. He became active in the United Malays National Organisation (UMNO), Malaysia's largest political party, before entering parliament in 1964. He served one term before losing his seat, before falling out with the then Prime Minister, Tunku Abdul Rahman and being expelled from UMNO. When Abdul Rahman resigned, Mahathir re-entered UMNO and parliament, and was promoted to the Cabinet. By 1976, he had risen to Deputy Prime Minister, and in 1981 was sworn in as Prime Minister after the resignation of his predecessor, Hussein Onn.



As Prime Minister, Mahathir was credited with engineering Malaysia's rapid modernisation and economic growth, and initiated a series of bold infrastructure projects. He was a dominant political figure, winning five consecutive general elections and seeing off all of his rivals for the leadership of UMNO. However, his accumulation of power came at the expense of the independence of the judiciary and the traditional powers and privileges of Malaysia's royalty. He also deployed the controversial Internal Security Act to detain activists, non-mainstream religious figures, and political opponents including his sacked deputy, Anwar Ibrahim. Mahathir's record of curbing civil liberties and his antagonism to western diplomatic interests and economic policy made his relationships with the likes of the US, Britain and Australia difficult. As Prime Minister, he was an advocate of third-world development and a prominent international activist for causes such as the anti-apartheid movement in South Africa and the interests of Bosnians in the 1990s Balkans conflict.

5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

4 – Makan MultivitaminTerdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari.Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).

Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Selasa, 11 Oktober 2011

" Pesta buku di MAEPS"

Pertama kali pergi pesta buku yang secara besar- besaran memang 'BEST'....Saya ingatkan yang biasa- biasa saja tapi bila dah sampai terkejut giler sebab tengok ramai yang datang membeli buku...tidak cukup dengan beg mereka beli berkotak- kotak lagi....Saya pun terfikir juga kan mereka ni nak membaca ke nak berniaga..tapi apabila saya mengintai- intai dalam kotak tu kan saya tengok pelbagai jenis buku yang ada dalam kotak tu....ni barulah betul- betul membaca....


Ada yang saya lihat, mereka bawa satu keluarga datang dengan anak yang masih lagi bayi.. betul- betul bersemangat mereka semua ni....Saya memang kagum pada rakyat Malaysia sekarang yang sudah mula menunjukkan minat untuk membaca....jadi saranan yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat maju telah dititikberatkan oleh rakyat...( dah macam penganalisis kerajaanlah pula ;)  hehehe...

Mula- mula tu saya taklah terlalu 'excited' tapi bila dah masuk saya sangat terkejut dengan bayak pilihan buku yang  dijual kat situ..saya dah jadi ' rabun mata' sebab tak tahu nak pilih yang mana.....Semasa saya tengah baca buku tu saya pusing kat belakang nak cakap dengan kawan saya tapi dia dah hilang...terkejut juga saya kalau dia tak ada..macam manalah nanti..dahlah ramai orang.....tapi nasib baiklah saya berjumpa semula dengan kawan saya tu...kalau tak jumpa juga balik jalan kakilah saya.....hehehehee



Penat beratur menunggu giliran untuk membayar buku....huhuhuhu..punyer ramai orang sampai sakit kaki menunggu...apa- apa pun berbaloi sebab dapat beli buku dengan harga yang murah dan berkualiti...lain kali kalau ada lagi saya pasti tak akan lepaskan peluang ni......