Di saat mengalami kesulitan baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan..pergaulan sesama manusia ini memberi banyak kita cabaran dalam mengatasi kerenahnya atau gelagat kelakuan sama ada baik atau sebalikya..namun di sebalik gelagat kelakuan mereka hanya kita yang memberi persepsi sama ada ianya baik ataupun sebaliknya..mungkin gelagat mereka itu baik untuk dirinya atau orang lain tapi tidak untuk kita...jadi untuk mempersepsikan orang lain kita perlu memikirkan dengan sejelas- jelasnya tentangnya...
Kadang- kadang saya juga mengalami perkara yang sama iaitu mempersepsi negatif kepada seseorang dengan tindakannya tapi tujuannya yang sebenar adalah baik...namun sekarang saya memgambil alternatif agar tidak cepat membuat penilaian terhadap seseorang kerana kita adalah manusia biasa dan setiap tindakan yang dilakukan ada sebabnya selagi tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu tidak bercanggah dengan agama kita sendiri......
Dua hari yang lepas saya dan kawan - kawan di minta berjumpa dengan pensyarah untuk menghantar draf perniagaan bagi subjek Keusahawanan. Kami di minta ke pusat rawatan di bangi. Antara kami ni tidak ada seorang pun yang tahu di mana letaknya pusat rawatan Az-Zahrah..Kami bertolak dari pukul 2 namun setelah mencari pukul 3 lebih baru jumpa..Apabila kami sampai di pusat rawatan tersebut jururawat di situ mengatakan yang pensyarah sudah di pindahkan ke hospital Serdang....kami sangat kecewa kerana dengan bersusah payah mencari rupa- rupanya pensyarah tidak ada di situ..kami juga tidak tahu apa penyebab utama pensyarah dimasukkan ke hospital. Apa yang kami tahu pensyarah dimasukkan ke hospital kerana demam pada waktu malam sahaja. Saya juga pada masa tu mempunyai banyak kerja iaitu nak menyiapkan slaid untuk pembentangan pada keesokkannya dan juga mempunyai Kuiz perkhidmatan sosial pada waktu pagi ...semasa dalam kereta saya dah pening sebab tak tahu nak buat macam mana... kami semua pergi ke hospital Serdang untuk berjumpa dengan pensyarah..Apabila kami sampai, kami terus bertanya pada kaunter pertanyaan dan mereka mengatakan nama yang kami beritahu tiada....kami semua terkejut...selepas itu kami pergi bertanya di kaunter unit kecemasan dan mereka juga mengatakan tiada orang yang bernama sedemikian..kami semua dah kecut perut sebab nak hantar draf tersebut...langkah terakhir yang kami ambil ialah menelefon pensyarah itu sendiri dan beliau mengatak yang beliau tengah makan bersama keluarganya dan di minta datang selepas satu jam....kami semua terkejut sebab dah penat tapi suruh datang selepas satu jam...dugaan...dugaan...
Selepas itu, tanpa membuang masa kami pergi makan sebab semua dah lapar...selepas satu jam kami pergi jumpa balik pensyarah di hospital..apabila kami jumpa pensyarah, baru sahaja 2 minit beliau terangkan menganai draf tersebut, nombornya dipanggil untuk pemeriksaan doktor...kami semua tercenggang( terkejut) kat situ...sebab tak tahu apa- apa...wah memang peliklah masa tu..ini adalah kali pertama saya membuat sesuatu kerja di hospital.. kami di minta oleh pensyarah untuk menunggunya..kami menunggu selama 2 jam jugalah....betul- betul menguji kesabaran saya pada hari tu....selepas siap menghantar draf tersebut kereta pulak kehabisan minyak...oo...sangat memalukan..kami berenam terpaksa menolak kereta tersebut ke tepi dan kejadian itu terjdi betul- betul di hadapan pintu masuk hospital..
Kami pun menelefon dan meminta tolong kawan saya iaitu Rozma dan Arif untuk membeli minyak..nasib baik mereka tolong...kalau tiada mereka saya pun tak tahu boleh balik pukul berapa kerana pada masa itu dah pukul 10.30 malam....
Apa- apa pun saya bersyukur kerana apa yang berlaku saya pasti ada hikmahya....
"berdoalah kepada tuhan kamu dengan merendah- rendah diri dan perlahan- lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas. dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang yang berbuat baik"( al-Araaf,55-56)
Khamis, 6 Oktober 2011
"Memberikan seribu pengertian.......''
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
" Hanya KAU yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku...Ya Allah...berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku- liku hidup yang penuh dengan godaan syaitan..hanya padaMu kuberserah..."
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
" Hanya KAU yang maha mengetahui apa yang tersirat dalam hatiku...Ya Allah...berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh liku- liku hidup yang penuh dengan godaan syaitan..hanya padaMu kuberserah..."
Langgan:
Catatan (Atom)