Khamis, 17 Februari 2011

Halaqah sentuhan Qalbu : " ikon"

Semalam saya ada menghadiri satu tayangan khas bagi sekretariat kerohanian yang di anjurkan oleh kolej saya. Apa yang saya dapat dalam menghadiri program tu adalah saya merasakan sangat kerdil kerana dugaan yang diberikan oleh Allah kepada saya adalah sangat kecil berbanding nabi Muhammad s.a.w yang di keji, diherdik dan dibaling dengan batu masih lagi teguh dalam memperjuangkan agama islam. kita sebagai umat islam  yang hanya di suruh melakukan perintah  mengikut sunnah dan Al-Quran yang tidak ada halangan seperti nabi kita  dalam manjalankan ibadah sebagai orang islam masih tidak mampu melakukannya.... Apabila saya melihat video tentang nabi Muhammnad s.a.w yang di tayangkan semalam saya tidak tahu kenapa hati saya merasa sangat sayu tentang nabi kita.

Dalam program semalam ada juga tayangan yang diberikan ceramah oleh salah satu penceramah dari Indonesia dalam program tv9. dan saya pernah berjumpa dengan beliau sebelum ini dalam program ESQ.... beliau memang pandai bermain dengan emosi dan saya kagum dengan beliau kerana dalam memberi ceramah beliau dapat menyentuh hati setiap penonton pada masa itu termasuk saya sekali..Saya harap saya dapat berjumpa dengan beliau lagi dalam program dakwah seperti ini dalam kita mengingati Allah S.W.T.



Dalam program semalam saya juga merupakan orang yang bertuah kerana saya mendapat hadiah cabutan bertuah. Selain itu, saya juga di beri pilihan dalam memilih hadiah. antara hadiah yang ada pada malam tu  ialah baju, buku, dan pen. Saya membuat keputusan untuk memilih buku kerana saya berminat dengan salah satu tajuk buku ini.

Saya berharap juga kepada kawan- kawan saya agar menjadi ringan tulang dalam menghadiri program- program sebegini agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah disamping meningkatkan ilmu kita. ini kerana pada malam saya menghadiri program ini tidak sampai separuh yang hadir. mungkin mereka ada kelas atau sebagainya tapi jika tidak mempunyai apa rancangan luangkanlah sedikit masa untuk memperingati nabi kita sebagaimana sebelum nabi kita meninggal dunia beliau mengingati kita...

" umatku, umatku, umatku"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan