Sabtu, 13 Oktober 2012

Konvokesyen Senior..

Hari nie dah mula konvo untuk senior- senior...gembiranya tengok mereka bergaya dengan jubah masing- masing.. Akhirnya penantian bagi mereka selama empat tahun belajar di Universiti akhirnya berakhir dan mereka akan menempuh ke alam pekerjaan pula. Bila melihat senior memakai jubah dan naik di atas pentas rasanya tak sabar nak habis belajar..rasa macam saya jer yang berada di atas pentas bila tengok mereka berada atas pentas....wahhhh..tak sabar bila di fikirkan balik...

Ada yang datang dengan keluarga dan terpancar di wajah kedua ibu bapa mereka perasaan bangga bahawa anak mereka akhirnya berjaya menamatkan pelajaran dan memegang segulung ijazah..semoga anak- anak mereka membalas jasa apabila mendapat pekerjaan dan tidak lupa bahawa mereka ada tanggungjawab pada orang tua mereka..kepada senior- senior...semoga menjadi orang yang berguna pada kedua ibu bapa ya..:) 


Bagi yang baru kahwin jer  ( Pengantin Baru ) dah mendapat pakej hadiah...menarik betul....sebelum mendapat segulung ijazah mereka dah dapat hadiah yang bernialai iaitu mereka akan menyambut orang baru..Tahniah pada Kak Nisa dan Kak Zila ya..nanti dah jadi mama...Semoga semuanya berjalan dengan lancar di hari konvokesyen tue dan semoga berbahagia di samping keluarga tersayang..
TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA SENIOR- SENIOR...;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan