Hari ini sangat gembira sebab semua masalah yang ada dalam kepala hilang sekejap. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kak nisa, kak dhia, kak rozek, abang safwan dan franky sebab ajak saya keluar jalan- jalan pada hari ni. Alamak, macam beri ucapanlah pulak..hahaha...padahal tak jauh pun saya keluar jalan- jalan.. Apa- apa pun memang 'best' lah hari ini sebab dapat meluangkan masa bersama dengan senior- senior.
Salah satu sebab saya gembira sangat hari ini sebab saya dapat makan 'free'..hahaha..orang tua- tua kata rezeki jangan di tolak dan masalah jangan di cari..ermm...rasa nasi lemak tadi sedap jugak lebih- lebih lagi minum dengan air batu campur kat kopitiam tue.. tak terkata saya tadi..lain kali bolehlah pergi lagi...
lepas makan tadi terus pergi Wa Wa Splash Tour...first time saya naik bas dalam air..opppsss...bukan dalam air tapi atas air...hehehehe.... menjerit jugak saya tadi tiba- tiba je bas masuk dalam air( atas air ya) ...fuhh..lemah semangat saya sekejap..tapi sebelum tu pemandu pelancong memberi penerangan tentang keselamatan terlebih dahulu dan jika terjadi apa- apa penumpang dikehendaki pakai baju keselamatan...selepas memberi penerangan saya pula yang duduk kat belakang taklah berapa dengar( dengar jugak tapi sikit- sikit jelah) dan bertanya pada kak Dhia
" sampai kat tasik nanti kena terjun ke"
kak Dhia terus ketawakan saya. "
''Sebenarnya kalau berlaku kecemasan kena pakai baju keselamatan tu dan kena terjunlah tasik" kata kak Dhia ..
fuh..terkejut jugak saya sebab saya tak naklah basah.. dahlah saya tak bawa baju 'spare'. yelah nak pergi 'shopping' siapa yang ada bawa baju 'spare'..orang beli baju adalah..
Pada hari ini juga, saya dapat satu lagi maklumat iaitu bekas perdana menteri kita iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir ada 5 buah rumah. dan tadi saya cuma nampak atapnya sahaja bila ditunjukkan oleh pemandung pelancong tu. bagi saya ini satu maklumat yang berguna. tak sangka beliau ada banyak rumah yang cantik- cantik dan kosnya tak payah cakaplahkan memang mahal. jadi fikir- fikirlah sendiri...
Selepas itu, kami pergi pula ke Mines Wonderland..kat sana banyak juga spesies burung dan binatang- binatang lain seperti harimau, beruang, monyet dan banyak lagi..saya ni teringin nak tengok anak kera dengan lebih dekat. saya pun mendekatkan diri dengan anak kera tu. tiba- tiba anak kera tu marah kat saya dengan bunyinya yang garang..terkejut saya dibuatnya....saya rasa macam dah serik nak berada dekat dengan anak kera lagi sebab saya ni dah ada pengalaman kena gigit dengan anak kera masa kecik- kecik dulu. maklumlah tak dengar cakap orang tua- tua..tapi walaubagaimanapun saya rasa sangat seronok..kat situ juga ada replika duit syiling pelbagai jenis dari tahun ke tahun... sempat jugalah kami ambik gambar walaupun hujan dah turun..hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan