Isnin, 14 Februari 2011

" Usaha Berbaloi"

        Sudah 3 hari saya hempas pulas membaca buku sebabnya hari ini ada 3 'test' yang perlu di jawab. soalannya bukan semua berbentuk objektif tapi 2 esei dan satu objektif, nasib baiklah yang objektif tu adalah yang akhir sekali. taklah teruk sangat nak membacanya tapi masih perlu di beri perhatian kerana soalan itulah yang akan membunuh dalam memberi markah. Tiga hari yang lepas saya memang tidur tak lena gara- gara  ujian ni. Tapi nasib baiklah saya ada rumet yang menemani dalam mengulangkaji pelajaran dan tak jemu- jemu dalam memberi kata - kata semangat. Maklumlah kalau saya ni malas membaca malulah saya sebabnya saya ni di kategorikan sebagai kakak kepadanya. Kalaulah asyik di tegur malu jugak saya  ni. jadi saya pun belajarlah dengan dia ( bukan sama- sama baca duduk semeja tapi sendirilah ).

        Dalam tiga hari ni juga saya mengalami demam tapi nasib baiklah saya sembuh dengan cepat. eh.. risau jugak saya kalau melarat. macam manalah saya nak mengulangkaji pelajaran kalau demam saya makin teruk..tak dapatlah saya nak fokus!!

Hari ni dengan yakinnya saya dapat kesemua soalan tapi saya tak tahulah ianya menepati soalan ke tidak. maklumlah kadangkala apa yang kita buat tu syok sendiri..hahahaha...lain soalan tanya lain pula jawapan yang di beri..Tapi lepas habis je jawab ujian yang terakhir tadi ..fuhhh..bukan main lagi saya senang hati..malam ni bolehlah saya tidur awal sikit nak gantikan yang tiga hari lepas tidur pun ibarat tidur ayam je. ermm..sekarang nie rumet saya dah gantikan tidur dia yang tak cukup tu...lena benar dia tidur..takpe- takpe nanti malam saya pula ya...hehehehe

Apa- apa pun saya sangat gembira sebab saya hanya tinggal satu lagi ujian yang tinggal..semoga saya dapat menjawab pada minggu hadapan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan