Pada waktu nie saya dan kawan-kawan tiba di Zoo Taiping.... ''welcome....welcome...welcome'' semua dah teruja nak jumpa dengan haiwan- haiwan yang ada dalam zoo tue..
Nama kawan saya nie Yoke Lee...dia adalah satu- satunya kawan saya yang berlainan bangsa mengikut kumpulan kami menjadi sukarelawan di Taiping Perak....saya pun dah terikut gaya bergambarnya.....haaaa...kalau nak tahu Yoke Lee pun satu kumpulan dengan saya membersihkan kandang haiwan.
Seriusnya muka Yoke Lee...........masa nie kumpulan saya membersihkan kandang kancil......kancil- kancil ni sangat liar...bila kami nak mula bersih je si kancil ni mulalah berlari ke sana ke mari...cuak juga kami....bukan apa takut dengan yang seekor kancil tu...tanduknya sangat tajam....
Masa ni kami membersih kandang rusa....saya ingatkan si kancil tadi yang tanduknya paling besar tapi ada lagi tanduk yang besar....rusa pun nak ambil gambar juga.....ermm...hai si rusa ni...lawa giginya...dan kami juga berpeluang memberi ikan- ikan makan dan juga dapat pegang ular..tapi saya tak pegang pun sebab tak berani...penakut sikit..sikit je...tak banyak...
Masa ni pula kami dikehendaki membersihkan di satu kawasan air tejun....tempat nie memang nyaman...dua- dua kawan gaya senyum pun dah sama...suka sangat kutip sampah kat situ agaknya...kami di bawa untuk melihat suasana air kat situ dan memang cantik..kawan saya( yang perempuan) memang suka sangat kalau mandi air terjun..bila dia tengok je satu kawasan air terjun yang cantik tu terus dia tunjuk dan cakap' lawanya' ..dia tak perasan jari yang dia tunjuk tu menghala ke arah sekumpulan lelaki yang sedang memakai baju...kami terkejutlah...dia pun malu- malu...kerana teruja sangat sampai tak sedar apa yang ada depan mata.....
Ceria betul mereka nie mandi.....air nie sangat sejuk..untuk makluman air terjun di sini merupakan salah satu sumber air mineral seamaster di perak......selain itu, kawan saya ada memberitahu seorang pak cik mencari syiling peninggalan zaman penjajah kat air terjun tu... sesiapa yang nak pergi melancong kat perak merupakan salah satu destinasi yang menarik...kaya dengan sejarah dan sebab Itu lah negeri Perak di gelarkan negeri warisan...
SEBENARNYA TUGAS SAYA KE SANA JUGA ADALAH SEBAGAI AJK KESELAMATAN...tapi bukan saya yang merawat orang, orang yang kena rawat saya.....semasa dalam perjalanan badan saya dah lain macam. apabila bas berhenti je saya terus turun mencari tandas. disebabkan saya makan udang tadi, saya muntah....Kesian kawan- kawan saya terpaksa menjaga saya terutamanya Yoke Lee...Selepas muntah barulah saya merasa lega...Mulai dari hari ini saya dah tak nak makan udang lagi....