Ada yang saya lihat, mereka bawa satu keluarga datang dengan anak yang masih lagi bayi.. betul- betul bersemangat mereka semua ni....Saya memang kagum pada rakyat Malaysia sekarang yang sudah mula menunjukkan minat untuk membaca....jadi saranan yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat maju telah dititikberatkan oleh rakyat...( dah macam penganalisis kerajaanlah pula ;) hehehe...
Mula- mula tu saya taklah terlalu 'excited' tapi bila dah masuk saya sangat terkejut dengan bayak pilihan buku yang dijual kat situ..saya dah jadi ' rabun mata' sebab tak tahu nak pilih yang mana.....Semasa saya tengah baca buku tu saya pusing kat belakang nak cakap dengan kawan saya tapi dia dah hilang...terkejut juga saya kalau dia tak ada..macam manalah nanti..dahlah ramai orang.....tapi nasib baiklah saya berjumpa semula dengan kawan saya tu...kalau tak jumpa juga balik jalan kakilah saya.....hehehehee
Penat beratur menunggu giliran untuk membayar buku....huhuhuhu..punyer ramai orang sampai sakit kaki menunggu...apa- apa pun berbaloi sebab dapat beli buku dengan harga yang murah dan berkualiti...lain kali kalau ada lagi saya pasti tak akan lepaskan peluang ni......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan