Khamis, 27 September 2012

Hormat- Menghormati...

Adakah kawan- kawan tahu apa sebenarnya erti perkataan hormat- menghormati?? dan adakah kawan- kawan mengamalkan dengan sebaik mungkin atau hanya dengan mengmalkan amalan tersebut dengan ala kadar sahaja??? kita selalu dengar yang muda mesti menghormati yang tua barulah yang tua akan menghormati yang muda..begitu juga yang junior menghormati kepada senior dan senior pula menghormati yang junior.. barulah amalan ini akan menjadi semakin rapuh dan tidak luput dari generasi ke generasi yang akan datang. Masyarakat juga pasti akan menjadi satu ikatan yang kukuh yang sukar di gugat oleh negara luar dan sesebuah negara dan tidakakan  mengalami masalah seperti rusuhan, peperangan dan sebagainya.
Tapi sekarang rasa hormat- menghhormati dah kurang di kalangan golongan yang muda....membuatkan saya tertanya- tanya kenapa mereka sudah tidak mengamalkannya sedangkan itu adalah satu langkah yag betul untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain.  tapi sekarang amalan ni dah semakin kurang di amalkan.


Semalam saya terlibat dalam satu mesyuarat  dengan Ahli Jawatan Kuasa ( AJK ) lain untuk satu program Universiti dan kebanyakan mereka yang menjadi AJK adalah junior. Saya tidak kisah walaupun mereka junior kerana mereka masih baru dan mereka ingin bekajar untuk memegang jawatan dalam setiap program. Saya tumoang gembira dengan semangat mereka dalam meneruskan perjuangan dan menunjukkan krebiliti mereka. Tapi  apa yang menjadikan saya terkilan ialah pada mesyuarat tersebut 'Junior' tidak mempunyai rasa hormat pada 'Senior'. Saya sebagai senior bukannya nak suruh mereka tunduk seperti buat apa yang saya suruh dan ampu saya tetapi sekurang- kurangnya menunjukkan rasa hormat kepada senior atau orang yang lebih tua..... Ini dengan selamba panggil nama jer dan tidak berbahasa 'KAKAK'...Amboi, dimana 'bahasa cantik' adik- adik ya dah di telan bumi ker???

Nak salahkan mereka 100% tak boleh jugak mungkin kami yang senior nie ada yang sama umur dengan junior  sebab tulah mereka segan nak berbahasa 'KAKAK' ..tapi yang dah terang lampu bersuluh tue memang tak patutlah buat macam tu....tunjukkanlah rasa hormat tu...Kalau nak tahu 'ADIK- ADIK' sebelum kamu semua pegang jawatan dalam apa- apa program kami yang pernah mengendalikannya dulu.. jadi tak payahlah nak berlagak sangat dan tak membawa faedah pun pada kita semua.

Kalau kita semua tak amalkan amalan ini sia- sialah kerajaan berkempen dan menghabiskan duit...ermm..Sama- samalah kita fikirkannya ya...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan