Saya juga dengar suara ayah dan mak saya bertanyakan tentang keadaan saya pada adik saya... betapa risaunya mereka pada saya...alangkah bersyukurnya saya kerana saya masih ada orang yang mengambil berat pada saya berbanding orang yang tidak mempunyai keluarga dan sanak- saudara dalam menyambut hari raya aidiladha.
' Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaan dan kenikmatan yang Kau beri dan kekalkanlah rasa kehambaanku kepadaMU'...
adik saya ada bertanyakan pada saya samaada mahu bercakap dengan mak dan ayah tetapi saya menolak kerana saya takut saya tidak mampu bertahan daripada menangis sebaik sahaja saya mendengar suara mereka. terpaksalah saya berbohong yang saya tidak ada perkara yang nak dicakapkan walaupun hati saya bergelora ingin mendengar suara mereka.
Walauapapun, saya perlu menghadapi cabaran ini dan perlu berfikiran positif dalam mengharungi kehidupan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan yang memberi sokongan kepada saya dan tidak lupa juga saya mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat

"selamat hari raya aidil adha kepada kawan- kawan yang balik beraya di kampung semoga berhati- hati di jalan raya dan semoga sampai ke destinasi"..:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan