hari ini sudah bermula " final exam"...nasib baiklah hari ini perut dah tak sakit macam semalam...fuhh...semalam, perut saya sakit bukan kepalang...
saya sendiri pun dah tak terkira berapa kali pergi tandas tetapi nasib saya lebih baik berbanding kawan saya yang seorang lagi tu..( dia yang paling banyak pergi tandas berbanding saya)..
sebenarnya yang sakit perut 4 orang gara- gara makan sup tulang lembu pada tengah malam..al- maklumlah pada malam tu semua lapar sebab mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam jadi kami semua bercadang untuk tidur lambat..kebetulan pula kawan saya yang balik dari kampung ada membawa bekalan makanan untuk kami iaitu nasi dan sup tulang lembu. kawan saya yang sorang ni balik kampung sebab ada kenduri di kampung jadi sebab itulah dia bawa makanan untuk kami. kami pun apalagi memang tak tolak rezeki, masing- masing dah lapar ....kami pun panaskanlah sup tulang supaya lebih sedap dan kami sangat berselera pada malam tu sebab dah lama tak makan sup tulang. kami pun hirup sampai habis kuahnya dan yang paling banyak hirup kuahnya ialah kawan saya yang paling teruk sakit perut ....
pada malam kami makan tu salah seorang kawan saya ada berkata " harap- harap tak sakit perutlah esok ya".... tiga- tiga serentak berpaling kearahnya..dan salah seorng berkat " amboi tak sayang mulut"......keesokkannya...semua sakit perut...kami janji nak pergi perpustakaan pukul 10 tapi sampainya pukul 11...kawan saya yang paling sakit perut tu sampai tak boleh mengulangkaji peelajaran sebab terlalu asyik berulang ke tandas....
tetapi kami bersyukur sangat sebab bila peperiksaan sudah bermula perut kami sudah elok dan tak sakit lagi...YA ALLAH....aku bersyukur dengan nikmat yang Kau beri dan kemudahan kesihatan yang baik dalam menghadapi peperiksaan hari ini....aku syukur YA ALLAH....sangat- sangat bersyukur.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan