kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi kita meragui doa tidak dimakbulkan oleh Allah. adakah kita tahu bahawa berdoa sahaj tidak akan mendatangkan hasil jika tidak diiringi dengan usaha..doa tanpa diiringi usaha hanya akan mensia- siakan sahaja...oleh itu, sebagai manusia dan umat islam kita harus berdoa dan seiring dengan usaha jika ingin mencapai impian...tidak hanya berserah kepada Allah seratus peratus.
namun dalam kita berdoa ada adabnya dan panduan yang telah dijelaskan oleh rasullullah kepada seorang sahabat dalam riwayat Thabrani iaitu " wahai Saad, makanlah yang baik ( lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak dimakbulkan doanya selama 40 hari. sesiapa sahaja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka neraka tempat layak untuknya"..
adab- adab berdoa
1) suci dari hadas besaar dan kecil
2) menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan surah al- fatihah, pujian ke atas nabi serta selawat kepada nabi Muhammad SAW
3) Berdoa dengan iklas, suara yang perlahan, merendah diri, yakin Allah memakbulkan doa samaada cepat atau lambat dan mengaku kesalahan yang lampau.
4) terus- menerus berdoa tanpa putus asa dan ketika senang serta susah...
5) Tidak melampaui batas dalam berdoa seperti berdoa untuk kebinasaan menginginkan kejahatan, mengakibatkan keburukan sehingga boleh menyebabkan silaturrahim terputus, kerosakan harta benda dan kezaliman antara satu sama lain
Dengan demikian berdoalah anda ketika senang dan susah kerana Allah sentiasa menyayangi pada umat yang ingat kepada-NYA..selain itu, berdoalah dalam setiap perkara agar dipermudahkan setiap urusan yang dilakukan...AMIN...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan