Selasa, 16 November 2010

" Sedihnya.. tapi perlu tabah..."

Sayunya bila dengar suara adik mengucapkan selamat hari raya haji sambil menangis...saya hanya mampu mendiamkan diri sekejap dan selepas itu saya buat- buat ketawa agar dia tahu yang keadaan saya di sini tak apa-apa dan saya mampu mengharunginya. walaupun sebenarnya,  saya sudah menitikkan air mata bila mendengar dia menangis...saya sangat rindu pada mereka semua..

 
Saya juga dengar suara ayah dan mak saya bertanyakan tentang keadaan saya pada adik saya... betapa risaunya mereka pada saya...alangkah bersyukurnya saya kerana saya masih ada orang yang mengambil berat pada saya berbanding orang yang tidak mempunyai keluarga dan sanak- saudara dalam menyambut hari raya aidiladha. 


            ' Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaan dan kenikmatan yang Kau beri dan kekalkanlah rasa kehambaanku kepadaMU'...


 adik saya ada bertanyakan pada saya samaada mahu bercakap dengan mak dan ayah tetapi saya menolak kerana saya takut saya tidak mampu bertahan daripada menangis sebaik sahaja saya mendengar suara mereka. terpaksalah saya berbohong yang saya tidak ada perkara yang nak dicakapkan walaupun hati saya bergelora ingin mendengar suara mereka. 

 Walauapapun, saya perlu menghadapi cabaran ini dan perlu berfikiran positif dalam mengharungi kehidupan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kawan- kawan yang memberi sokongan kepada saya dan tidak lupa juga saya mengucapkan kepada kaum muslimin dan muslimat

 "selamat hari raya aidil adha  kepada kawan- kawan yang balik  beraya di kampung semoga berhati- hati di jalan raya dan semoga sampai ke destinasi"..:)


"sehari sebelum raya haji"

Sedang asyik saya melayan lagu..tiba- tiba saje saya dengar bising. saya pun menjenguklah  ditepi tingkap dan saya melihat sekumpulan kaum hawa sedang bermain dengan gembiranya. saya pun perhatikanlah mereka sebab nak tahu permainan apa yang sedang mereka main.  mula- mula tu saya tak tahu juga apa yang mereka main tetapi bila diperhatikan dengan betul- betul rupa- rupanya mereka sedang bermain satu permainan tradisional iaitu dikenali sebagai  "galoh panjang" di kampung saya tetapi kalu di kawasan bandar saya tak tahu apa yang mereka panggil tentang permainan tu.

Apabila saya tengok mereka bermain saya, tiba- tiba saya teringat zaman waktu kecil. saya pun pernah bermain permainan itu dengan adik- adik saya dan juga sepupu..dulu, waktu kecil tak ada tanggungjawab yang perlu dipikul, semuanya diuruskan oleh mak dan ayah. rindu pula pada zaman tu. sekarang bila dah besar semua dah ada tanggungjawab masing- masing.sekarang ini ada yang sudah bekerja, belajar dan ada yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. 

Tahun ini pertama kali saya tidak beraya dengan keluarga. macam manalah ya saya nak hadapinya..takut juga.. hehehehe.....    sebab hari ini saya dapat bertahan lagi daripada menangis tetapi kalau esok saya tak tahulah macam mana bila saya mendengar  takbir raya berkumandang. harap- harap saya tabah menghadapi dugaan ini.

Isnin, 8 November 2010

" Pengaruh Doa dalam kehidupan"

kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi kita meragui doa tidak dimakbulkan oleh Allah. adakah kita tahu bahawa berdoa sahaj tidak akan mendatangkan hasil jika tidak diiringi dengan usaha..doa tanpa diiringi usaha hanya akan mensia- siakan sahaja...oleh itu, sebagai manusia dan umat islam kita harus berdoa dan seiring dengan usaha jika ingin mencapai impian...tidak hanya berserah kepada Allah  seratus peratus.

namun dalam  kita berdoa ada adabnya dan panduan yang telah dijelaskan oleh rasullullah  kepada seorang sahabat dalam riwayat Thabrani iaitu " wahai Saad, makanlah yang baik ( lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak dimakbulkan doanya selama 40 hari. sesiapa sahaja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka neraka tempat layak untuknya"..

adab- adab berdoa

1) suci dari hadas besaar dan kecil
2) menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan surah al- fatihah, pujian ke atas nabi serta selawat kepada nabi Muhammad SAW
3) Berdoa dengan iklas, suara yang perlahan, merendah diri, yakin Allah memakbulkan doa samaada cepat atau lambat dan mengaku kesalahan yang lampau.
4) terus- menerus berdoa tanpa putus asa dan ketika senang serta susah...
5) Tidak melampaui batas dalam berdoa seperti berdoa untuk kebinasaan menginginkan kejahatan, mengakibatkan keburukan sehingga boleh menyebabkan silaturrahim terputus, kerosakan harta benda dan kezaliman antara satu sama lain
 

Dengan demikian berdoalah anda ketika senang dan susah kerana Allah sentiasa menyayangi pada umat yang ingat kepada-NYA..selain itu, berdoalah dalam setiap perkara agar dipermudahkan setiap urusan yang dilakukan...AMIN...

" jangan makan lewat malam"

hari ini sudah bermula " final exam"...nasib baiklah hari ini perut dah tak sakit macam semalam...fuhh...semalam, perut saya sakit bukan kepalang...
saya sendiri pun dah tak terkira berapa kali pergi tandas tetapi nasib saya lebih baik berbanding kawan saya yang seorang lagi tu..( dia yang paling banyak pergi tandas berbanding saya)..

sebenarnya yang sakit perut 4 orang gara- gara makan sup tulang lembu pada tengah malam..al- maklumlah pada malam tu semua lapar sebab mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam jadi kami semua bercadang untuk  tidur lambat..kebetulan pula kawan saya yang balik dari kampung ada  membawa bekalan makanan untuk kami iaitu  nasi dan sup tulang lembu. kawan saya yang sorang ni balik kampung sebab ada kenduri  di kampung jadi sebab itulah dia bawa makanan untuk kami. kami pun apalagi memang tak tolak rezeki, masing- masing dah lapar ....kami pun panaskanlah sup tulang supaya lebih sedap dan kami sangat berselera pada malam tu sebab dah lama tak makan sup tulang. kami pun hirup sampai habis kuahnya  dan yang paling banyak hirup kuahnya ialah kawan saya yang paling teruk sakit perut ....


 pada malam kami makan tu salah seorang kawan saya ada berkata " harap- harap tak sakit perutlah esok ya".... tiga- tiga serentak berpaling kearahnya..dan salah seorng berkat " amboi tak sayang mulut"......keesokkannya...semua sakit perut...kami janji nak pergi perpustakaan pukul 10 tapi sampainya pukul 11...kawan saya yang paling sakit perut tu sampai tak boleh mengulangkaji peelajaran sebab terlalu asyik berulang ke tandas....

tetapi kami bersyukur sangat sebab bila peperiksaan sudah bermula perut kami sudah elok dan tak sakit lagi...YA ALLAH....aku bersyukur dengan nikmat yang Kau beri dan kemudahan kesihatan yang baik dalam menghadapi peperiksaan hari ini....aku syukur YA ALLAH....sangat- sangat bersyukur.....

Selasa, 2 November 2010

Pertama kali " study week"

Sudah empat hari berlalu...nak kata sunyi tidak juga tapi adalah sikit..hehehe..sikit je.. Kebanyakan kawan- kawan sudah balik kampung. terutama kawan- kawan yang tinggal berdekatan dengan universiti ini seperti di Petaling Jaya, Negeri Sembilan, dan Pahang. Namun masih ada yang tidak balik terutama kawan- kawan yang tinggal di johor dan Kelantan. Nasib baiklah mereka ada untuk menemani saya di sini..kalau tak, alamaknya terpaksalah saya makan sorang- sorang..Terima kasih kepada Norani dan Marini sebab tak balik.....



Kadang- kadang bila bersendirian tu timbul juga perasaan cemburu terhadap kawan- kawan yang tinggal berdekatan Universiti ni..Yelah.... nak balik rumah tak payah susah- susah sebab rumah dekat je tapi aku ni kalau nak balik rumah kena naik bas berjam- jam. fuhhh..sakit punggung duduk lama- lama dalam bas..( ni belum naik kapal terbang lagi dah merungut)..dalam hati ni tuhan sahaja yang tahu macam mana keinginan nak balik rumah, sebab dah sebulan lebih tak jumpa keluarga hanya dapat dengar suara melalui telefon je. saya merasa sangat rindu pada mereka..Tapi sebagai seorang pelajar dan keinginan untuk menuntut ilmu semua itu harus diketepikan dan mesti selalu berfikiran positif. " inilah  harga yang perlu dibayar untuk mendapat ilmu" itulah ayat yang selalu saya tegaskan  untuk memotivasikan diri sendiri...



Masih ingat lagi masa pertama kali cuti iaitu cuti disebabkan H1N1, pihak universiti telah membuat pengumuman yang mengejut menyebabkan masing- masing kelam- kabut untuk balik namun bercampur juga dengan  gembira kerana dapat balik rumah. saya juga salah seorang pelajar yang menjadi kelam- kabut masa tu. Berkejar- kejar juga aku  pergi  kePutra nak beli tiket sebab kalau lambat takut habis. Sampai tak sempat nak kemas baju.. Masa tu saya pun dah lupa baju apa dan berapa helai yang diletakkan dalam beg gara- gara nak balik cepat..bila difikirkan balik kelakarlah pula..apabila sampai rumah baju yang nak pakai untuk pergi jalan- jalan tak bawa balik yang jadi mangsanya adik sayalah..hehehe..terpaksa pinjam baju dia.nasib baiklah dia ni bukan jenis yang kedekut dan saiz badannya lebih kurang samanya je dengan saya...al- maklumlah bila pertama kali menjejakkan kaki ke universiti mesti pakaian tu kalau boleh semua nak bawa..
apa- apa pun saya sangat  rindu pada keluarga.....apa- apa pun pengalaman ini dapat mengajar saya bagaimana untuk mengatasi sesuatu perkara pada saat- saat terakhir...